Pemacu CD-ROM yang baik dan cakera keras yang luas.
Untuk mendapatkan kenikmatan bermain
permainan komputer yang maksimum anda memerlukan satu set perkakasan
komputer yang maksimum juga. Apa yang saya akan bentangkan adalah
berdasarkan pada kehendak sistem yang paling maksimum bagi sebuah sistem
permainan komputer. Kehendak sistem yang anda pasti perlukan paparan
skrin yang tajam, bunyi yang berkesan, pemproses yang laju, pemacu
CD-ROM yang baik dan cakera keras yang luas.
Pertama : Pemproses
Kelajuan dan kuasa pemproses komputer memainkan peranan penting dalam kendalian serta kelancaran ketika memainkan suatu permainan komputer. Kebanyakan kehendak sistem yang tertera pada kekotak permainan memerlukan sekurang-kurangnya sistem Pentium II 300MHz. Sistem komputer yang paling bagus adalah Pentium III 500MHz yang juga menyediakan FPU (Floating Point Unit) yang pantas. FPU ini banyak digunakan oleh perisian permainan 3D yang memerlukan pergerakan yang banyak untuk menjalankan watak dan memberikan kemudahan pergerakan pada pemain.

Kedua : Ingatan (Memory)
Perkakasan yang kedua penting setelah pemproses adalah ingatan capaia rawak (RAM). Seperti yang anda selalu lihat hampir kesemua perisian permainan komputer memerlukan sekurang-kurangnya 32MB RAM. Adalah lebih baik mendapatkan jumlah ingatan sebanyak 64MB atau lebih bagi memberikan ruang ingatan yang luas kepada sistem komputer untuk “berfikir”. Jika komputer anda hanya mempunyai 32MB jangan risau kerana anda masih boleh bermain tetapi dengan tahap yang memuaskan sahaja. Jenis ingatan (RAM) yang baik adalah SDRAM PC-100 yang memberikan capaian ingatan yang lebih cepat. Jumlah ingatan yang sesuai dan lebih baik adalah 32MB RAM.

Ketiga : Cakera Keras (Hard disk)
Keutamaan ketika memilih cakera keras untuk sistem komputer adalah saiz dan kelajuan capaian. Biasanya kebanyakan sistem komputer disediakan dengan cakera keras seluas 3.2GB (gigabait) tetapi keluasan yang optima adalah 12GB. Kelajuan capaian yang baik adalah di antara 8 hingga 12 ms.

Keempat : Pemacu CD-ROM
Pemacu CD-ROM adalah penting pada masa kini kerana kebanyakan permainan komputer yang dihasilkan dalam bentuk CD-ROM. Pemacu CD-ROM dikategorikan menurut kelajuan yang berbeza contohnya 16X dengan kelajuan 1800k/saat dan 24X dengan kelajuan 2400k/s. Lebih laju lebih baik kerana lebih laju masa capaian lebih mudah dan lancar grafik-grafik dipaparkan pada skrin monitor.

Kelima : Kad Video (Video Card)
Paparan video adalah sesuatu yang amat susah hendak dinilai dari segi keupayaannya kerana ia bergantung kepada jenis sistem pengoperasian. Contohnya terdapat kad yang bagus paparannya dalam Windows tetapi tidak baik ketika digunakan untuk DOS. Jumlah ingatan kad video yang sesuai adalah 4MB RAM. Jenis yang RAM yang lebih baik daripada DRAM adalah VRAM (Video RAM) tetapi lebih mahal. Namun begitu kad video jumlah memori yang baik adalah 16MB RAM. Contoh kad video yang baik adalah Creative Blaster Banshee.

Saiz monitor yang biasa adalah dalam saiz 14 inci
Keenam : Monitor
Saiz skrin dan ketumpatan titik merupakan faktor penting dalam pemilihan monitor. Saiz monitor yang biasa adalah dalam saiz 14 inci tetapi saiz yang sesuai adalah antara 15 inci dan 17 inci. Ketumpatan titik yang dimaksudkan ialah jumlah titik yang meliputi satu kawasan pada monitor. Dengan itu lebih kecil titik maka lebih tinggi jumlah titik yang ditumpatkan dalam satu kawasan. Saiz titik yang sesuai adalah antara 0.28 mm dan 0.25 mm. Anda juga boleh mendapat monitor yang kurang menggunakan kuasa elektrik.

Ketujuh : Alat kawalan
Alat kawalan digunakan untuk mengawal watak atau sesuatu dalam sebuah perisian permainan. Biasanya alat kawalan yang digunakan adalah papan kekunci, tetikus, kayu bedik, stering dan pad permainan. Sesetengah permainan lebih sesuai dimainkan dengan menggunakan papan kekunci dan ada pula yang memerlukan kayu bedik. Biasanya kayu bedik digunakan untuk permainan seperti simulasi penerbangan dan tembak menembak. Manakala stering pula digunakan untuk permainan perlumbaan kereta. Permainan komputer berbentuk arked pula memerlukan pad permainan. Kayu bedik empat bebutang adalah yang terbaik untuk digunakan kerana ia boleh digunakan dalam banyak jenis permainan.

Kelapan : Kad bunyi (Sound Card)
Kad bunyi memainkan peranan untuk mengeluarkan kesan bunyi untuk perisian permainan komputer ketika bermain. Kad bunyi yang sesuai adalah serasi Sound Blaster 16-bit yang disokong oleh kebanyakan komputer dan mampu menghasilkan bunyi yang baik. Kini banyak kaad bunyi yang menggunakan teknologi gelombang (wave) yang lebih baik daripada teknologi FM.

Kesembilan : Pembesar suara (Speaker)
Kad bunyi tidak akan berkesan tanpa satu set pembesar suara yang sesuai. Set pembesar suara yang disediakan dengan “subwoofer” akan memberikan lebih kepuasan ketika bermain. Contohnya dapat mendengar bunyi tembakan, geseran tayar kereta dan lagu latar belakang dengan jelas. Pembesar suara yang boleh didapati adalah dari jenama seperti Acer, Sony dan Yamaha. Manakala kuasa pembesar suara yang baik adalah di antara 10 watt hingga 20 watt. Lebih kuat lebih bagus!

Kesepuluh : Modem
Modem digunakan untuk bermain secara dalam talian (on line) dengan rakan anda yang berada di tempat lain. Permainan seperti DOOM, Duke Nukem dan Quake boleh dimainkan melalui Internet. Modem yang disyorkan adalah 56Kbps (kilo bit persaat) tetapi modem 33.6Kbps masih boleh digunakan. Anda boleh bercakap dengan rakan anda sambil bermain dengan menggunakan teknologi Simulasi Digital Data dan Suara (DSVD).

Di atas ialah bentuk sistem komputer
yang dicadangkan oleh kami dari Majalah PC. Anggaran harga bagi sistem
yang kami cadangkan ini adalah di antara RM6,000 hingga RM10,000. Jika
anda serius dalam bidang multimedia dan merupakan seorang yang suka
bermain permainan komputer tidak salah untuk memiliki demi kepuasan
diri.
Sumber Maklumat: Majalah PC
p/s : ni merupakan artikel lama dh kot.., sesuai untuk pengetahuan pelajar2 sekolah.., hu3..,
creadit to : http://pmr.penerangan.gov.my
No comments:
Post a Comment