Bagaimana membeli sebuah Netbook?


Bagaimana membeli sebuah Netbook?
Awal kemunculan Netbook di pasaran, jualan agak memberangsangkan. Kelebihan dalam melakukan kerja-kerja dokumentasi seperti Word, Excel dan PowerPoint, melayari internet menerusi Wi-Fi, serta bersifat mudah alih dan ringan berjaya memenuhi kehendak minimum pengguna teknologi.

Walaupun pada asasnya Netbook sama seperti komputer riba, namun fungsi dan kuasanya lebih terhad. Kerja-kerja menyunting gambar dan video tidak boleh dilakukan dengan lancar. Permainan video 3D juga tidak boleh dimainkan seperti StarCraft 2, Assasins Creed dan FIFA 2011. 

Sejak kemunculan tablet seperti iPad, PlayBook dan Galaxy Tab, pasaran Netbook semakin tergugat. Ramai peramal dan penganalisis teknologi bersetuju bahawa Netbook bakal mati akibat pengeluaran iPad. Inovasi Apple dikatakan lebih praktikal dan memenuhi citarasa pengguna berbanding Netbook. Maka, berbondong-bondonglah pengeluar menghasilkan sesuatu yang penggunaannya hanya dengan sentuhan sahaja sama seperti iPad pada hari ini.

Namun begitu, penulis berpandangan bahawa Netbook masih mampu melonjakkan pasaran lagi. Tumpuan pasaran perlu beralih kepada pengguna yang terdiri daripada pelajar dan kanak-kanak. Secara tidak langsung, suasana pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi lebih berkesan. Maklumat boleh dicapai menerusi Internet dengan lebih mencapah dan kadar buta IT dapat dikurangkan. Selain itu, pengguna juga cenderung memilih Netbook atas alasan kos yang lebih murah dan mudah diusung ke mana-mana.

Jadi, bagaimana mahu membeli sebuah Netbook?

Syaratnya ialah:
  1. Pembaca bukan pengguna tegar, berat dan ekstrem teknologi. Sebaliknya, hanya sekadar membaca surat khabar dalam talian, mengemas kini status di laman sosial dan menaip surat.
  2. Pengguna yang gemar merantau, melancong dan berkhemah.
  3. Juga, pengguna yang suka melepak di kedai-kedai mamak untuk menikmati secangkir teh tarik dengan melayari internet menerusi Wi-Fi percuma.
Sekiranya syarat di atas bertepatan dengan pembaca, pembelian Netbook adalah berbaloi. Jika tidak, penulis memberi jaminan bahawa pembelian tersebut akan menjadi sia-sia.

Hal ini kerana:
  1. Skrin Netbook lebih kecil, kira-kira 7 hingga 12 inci. Tak puas nak tengok, tulisan kecil dan sakit mata.
  2. Pemproses kurang berkuasa. Cuma Intel Atom dan AMD Fusion. Kepada pemain permainan video tegar, jangan harap dapat main permainan video kegemaran. Kalau flash game, boleh!
  3. RAM terhad. Setakat ini 1 slot ram sahaja yang muat untuk Netbook. Paling tinggi pun boleh capai 2GB sahaja. Jangan harap untuk multitasking, sunting grafik dan video.
  4. Saiz papan kekunci yang minimum. Bagi pengguna yang mementingkan keselesaan menaip, Netbook bukan pilihan bijak. Saiznya telah dikecil dan dipadatkan supaya Netbook kekal kecil lebih-lebih lagi jari penulis.
Faktor lain yang mempengaruhi Netbook:
  1. Bateri. Bateri Netbook lazimnya mengandungi 6 sel (48-63WH). Ada segelintir penjual cuba menipu dengan memberi bateri 3 sel (~30WH). Hal ini kerana bateri 6 sel dapat bertahan selama 6 hingga 9 jam manakala bateri 3 sel cuma 2-3 jam sahaja. Pengguna yang gemar melancong atau menghadiri kuliah sepanjang hari disarankan untuk memilih bateri 6 sel. Oleh yang demikian, AWAS!
  2. Cakera keras: storan konvensional atau SSD. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan SSD sekiranya mementingkan kelajuan perpindahan data, kestabilan dan jangka hayat lebih lama. Namun begitu, harga yang ditawarkan terlalu mahal sehingga melebihi RM1,000 dan kapasiti storannya rendah. Langkah bijak: beli cakera keras luaran tambahan.
  3. Memori RAM. Beberapa model Netbook sahaja menyediakan slot lebihan RAM. Dikatakan model Netbook berasaskan Fusion boleh dinaik taraf sehingga 8GB.
  4. Kad grafik. Sama seperti RAM, beberapa model sahaja yang menawarkan kad grafik daripada Nvidia ION dan ATI Mobility Radeon.
  5. Pemain media dan sambungan kabel. Biasanya Netbook mempunyai port VGA dan USB sahaja. Langkah bijak: beli DVD RW luaran.
10 Pilihan Netbook terbaik:
  1. HP Pavillion dm1z
  2. Samsung NF310-A01
  3. Acer Aspire One OAD255-1203
  4. ASUS EeePC 1015PEM
  5. HP Mini 210-2070nr
  6. HP Mini 5103
  7. ASUS EeePC 1215N
  8. ASUS EeePC 1201N
  9. Lenovo ThinkPad X100e
  10. Lenovo IdeaPad S12 (Ion)
*Sumber: PCMag

creadit to :  http://www.teknomasi.com

Cliptec External HDD 120GB Only RM89

Salam., External HDD 120GB untuk di letgo murah2 je ni., penghantaran boleh d'uruskan., RM89/unit.., Harga boleh nego lg sikit2.., berminat sila call or sms 012-9812081 @ 019-9064826 untuk maklumat lanjut..., 1 week warranty.., item adalah seperti d'dlm gmbar d'bawah.., Thanks..,
RM89

Perkakasan Terbaik Untuk Permainan Komputer

perkakasan-terbaik
Pemacu CD-ROM yang baik dan cakera keras yang luas.
Untuk mendapatkan kenikmatan bermain permainan komputer yang maksimum anda memerlukan satu set perkakasan komputer yang maksimum juga. Apa yang saya akan bentangkan adalah berdasarkan pada kehendak sistem yang paling maksimum bagi sebuah sistem permainan komputer. Kehendak sistem yang anda pasti perlukan paparan skrin yang tajam, bunyi yang berkesan, pemproses yang laju, pemacu CD-ROM yang baik dan cakera keras yang luas.
Pertama : Pemproses
Kelajuan dan kuasa pemproses komputer memainkan peranan penting dalam kendalian serta kelancaran ketika memainkan suatu permainan komputer. Kebanyakan kehendak sistem yang tertera pada kekotak permainan memerlukan sekurang-kurangnya sistem Pentium II 300MHz. Sistem komputer yang paling bagus adalah Pentium III 500MHz yang juga menyediakan FPU (Floating Point Unit) yang pantas. FPU ini banyak digunakan oleh perisian permainan 3D yang memerlukan pergerakan yang banyak untuk menjalankan watak dan memberikan kemudahan pergerakan pada pemain.
Kedua : Ingatan (Memory)
Perkakasan yang kedua penting setelah pemproses adalah ingatan capaia rawak (RAM). Seperti yang anda selalu lihat hampir kesemua perisian permainan komputer memerlukan sekurang-kurangnya 32MB RAM. Adalah lebih baik mendapatkan jumlah ingatan sebanyak 64MB atau lebih bagi memberikan ruang ingatan yang luas kepada sistem komputer untuk “berfikir”. Jika komputer anda hanya mempunyai 32MB jangan risau kerana anda masih boleh bermain tetapi dengan tahap yang memuaskan sahaja. Jenis ingatan (RAM) yang baik adalah SDRAM PC-100 yang memberikan capaian ingatan yang lebih cepat. Jumlah ingatan yang sesuai dan lebih baik adalah 32MB RAM.
Ketiga : Cakera Keras (Hard disk)
Keutamaan ketika memilih cakera keras untuk sistem komputer adalah saiz dan kelajuan capaian. Biasanya kebanyakan sistem komputer disediakan dengan cakera keras seluas 3.2GB (gigabait) tetapi keluasan yang optima adalah 12GB. Kelajuan capaian yang baik adalah di antara 8 hingga 12 ms.
Keempat : Pemacu CD-ROM
Pemacu CD-ROM adalah penting pada masa kini kerana kebanyakan permainan komputer yang dihasilkan dalam bentuk CD-ROM. Pemacu CD-ROM dikategorikan menurut kelajuan yang berbeza contohnya 16X dengan kelajuan 1800k/saat dan 24X dengan kelajuan 2400k/s. Lebih laju lebih baik kerana lebih laju masa capaian lebih mudah dan lancar grafik-grafik dipaparkan pada skrin monitor.
Kelima : Kad Video (Video Card)
Paparan video adalah sesuatu yang amat susah hendak dinilai dari segi keupayaannya kerana ia bergantung kepada jenis sistem pengoperasian. Contohnya terdapat kad yang bagus paparannya dalam Windows tetapi tidak baik ketika digunakan untuk DOS. Jumlah ingatan kad video yang sesuai adalah 4MB RAM. Jenis yang RAM yang lebih baik daripada DRAM adalah VRAM (Video RAM) tetapi lebih mahal. Namun begitu kad video jumlah memori yang baik adalah 16MB RAM. Contoh kad video yang baik adalah Creative Blaster Banshee.
komputer1
Saiz monitor yang biasa adalah dalam saiz 14 inci

Keenam : Monitor
Saiz skrin dan ketumpatan titik merupakan faktor penting dalam pemilihan monitor. Saiz monitor yang biasa adalah dalam saiz 14 inci tetapi saiz yang sesuai adalah antara 15 inci dan 17 inci. Ketumpatan titik yang dimaksudkan ialah jumlah titik yang meliputi satu kawasan pada monitor. Dengan itu lebih kecil titik maka lebih tinggi jumlah titik yang ditumpatkan dalam satu kawasan. Saiz titik yang sesuai adalah antara 0.28 mm dan 0.25 mm. Anda juga boleh mendapat monitor yang kurang menggunakan kuasa elektrik.
Ketujuh : Alat kawalan
Alat kawalan digunakan untuk mengawal watak atau sesuatu dalam sebuah perisian permainan. Biasanya alat kawalan yang digunakan adalah papan kekunci, tetikus, kayu bedik, stering dan pad permainan. Sesetengah permainan lebih sesuai dimainkan dengan menggunakan papan kekunci dan ada pula yang memerlukan kayu bedik. Biasanya kayu bedik digunakan untuk permainan seperti simulasi penerbangan dan tembak menembak. Manakala stering pula digunakan untuk permainan perlumbaan kereta. Permainan komputer berbentuk arked pula memerlukan pad permainan. Kayu bedik empat bebutang adalah yang terbaik untuk digunakan kerana ia boleh digunakan dalam banyak jenis permainan.
Kelapan : Kad bunyi (Sound Card)
Kad bunyi memainkan peranan untuk mengeluarkan kesan bunyi untuk perisian permainan komputer ketika bermain. Kad bunyi yang sesuai adalah serasi Sound Blaster 16-bit  yang disokong oleh kebanyakan komputer dan mampu menghasilkan bunyi yang baik. Kini banyak kaad bunyi yang menggunakan teknologi gelombang (wave) yang lebih baik daripada teknologi FM.
Kesembilan : Pembesar suara (Speaker)
Kad bunyi tidak akan berkesan tanpa satu set pembesar suara yang sesuai. Set pembesar suara yang disediakan dengan “subwoofer” akan memberikan lebih kepuasan ketika bermain. Contohnya dapat mendengar bunyi tembakan, geseran tayar kereta dan lagu latar belakang dengan jelas. Pembesar suara yang boleh didapati adalah dari jenama seperti  Acer, Sony dan Yamaha. Manakala kuasa pembesar suara yang baik adalah di antara 10 watt hingga 20 watt. Lebih kuat lebih bagus!
Kesepuluh : Modem
Modem digunakan untuk bermain secara dalam talian (on line) dengan rakan anda yang berada di tempat lain. Permainan seperti DOOM, Duke Nukem dan Quake boleh dimainkan melalui Internet. Modem yang disyorkan adalah 56Kbps (kilo bit persaat) tetapi modem 33.6Kbps masih boleh digunakan. Anda boleh bercakap dengan rakan anda sambil bermain dengan menggunakan teknologi Simulasi Digital Data dan Suara (DSVD).
Di atas ialah bentuk sistem komputer yang dicadangkan oleh kami dari Majalah PC. Anggaran harga bagi sistem yang kami cadangkan ini adalah di antara RM6,000 hingga RM10,000. Jika anda serius dalam bidang multimedia dan merupakan seorang yang suka bermain permainan komputer tidak salah untuk memiliki demi kepuasan diri.

Sumber Maklumat: Majalah PC 
p/s : ni merupakan artikel lama dh kot.., sesuai untuk pengetahuan pelajar2 sekolah.., hu3.., 
creadit to : http://pmr.penerangan.gov.my

LCD Screen 14.1 XGA Empat Segi

Salam., LCD Screen 14.1 XGA empat segi untuk di letgo murah2 je ni., penghantaran boleh d'uruskan., RM99/unit (tidak termasuk pemasangan & penghantaran).., Harga boleh nego klu btl2 berminat.., berminat sila call or sms 012-9812081 @ 019-9064826 untuk maklumat lanjut., item adalah terpakai.., 1 week warranty.., item adalah seperti d'dlm gmbar d'bawah.., Thanks..,
RM99

Microsoft Security Essentials adalah antivirus terbaik Windows

Anda kini menggunakan perisian antivirus seperti Kaspersky, Avira, AVG, Avast, ESET NOD32, Panda Antivirus, McAfee, Norton, dan sebagainya? Malah anda telah menghabiskan ratusan ringgit setahun semata-mata untuk membayar lesen perisian itu? Alangkah malangnya. Sebenarnya perisian antivirus yang terbaik untuk pengguna Microsoft Windows adalah Microsoft Security Essentials.

Jangan terpedaya dengan sebarang bentuk promosi oleh syarikat perisian antivirus tersebut yang bermodalkan promoter atau jurujual wanita yang seksi, jurujual yang bermulut manis dan sebagainya. Itu hanyalah strategi pemasaran yang bertunjangkan keuntungan dan menebalkan poket dan dompet pemilik perisian tersebut.

Sedangkan pihak Microsoft sendiri telah mencipta satu perisian anti-virus yang khas untuk pengguna Windows iaitu Microsoft Security Essentials. Malah ianya percuma sahaja. Jadi anda tidak perlu menghabiskan wang anda dengan hanya untuk memastikan sistem Windows anda dilindungi. Sedangkan Microsoft Security Essentials sudah tercipta.

Selain itu, Microsoft Security Essentials juga ringan dan tidak memberatkan sistem. Tidak seperti sesetengah perisian antivirus lain yang memberatkan sistem malah anda terpaksa membayar lesen perisian itu setiap tahun pula. Sungguh malang. Jadi, sila buang atau uninstall semua perisian antivirus yang tersedia dipasang di komputer anda dan terus install Microsoft Security Essentials. Untuk pengetahuan anda, pihak admin sendiri juga menggunakan Microsoft Security Essentials.

creadit to : http://www.taufiksm.com 

Acer Aspire 5570 Front Bezel And Rear Case

Salam.., Acer Aspire 5570 Front Bezel And Rear Case untuk di letgo murah2 je ni., penghantaran boleh d'uruskan., RM69.., Harga boleh nego lg 2 ckt2.., berminat sila call or sms 012-9812081 @ 019-9064826 untuk maklumat lanjut., item adalah terpakai.., 1 week warranty.., item adalah seperti d'dlm gmbar d'bawah.., Thanks..,
RM69


Penjagaan komputer

Di bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama.
  1. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
  2. Elakkan drpd getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
  3. Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah .. ).
  4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
  5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
  6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
  7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
  8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
  9. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
  10. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
  11. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
  12. Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
  13. Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
  14. Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
  15. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
  16. Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.
sumber :  http://bersama0805.wordpress.com/2007/11/12/penjagaan-komputer

Bicaraku Kini: Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 1

Bicaraku Kini: Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 1: Jom relaks2 jap..., hu3.., siri pertama koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye akan menyusul.., tunggu........, thanks 4 the read.....

Acer Aspire 3680 Rear Case & Front Bezel

Salam., Acer Aspire 3680 Rear Case & Front Bezel untuk di letgo murah2 je ni., penghantaran boleh d'uruskan.., Harga boleh nego lagi tu sikit2.., berminat sila call or sms 012-9812081 @ 019-9064826 untuk maklumat lanjut., item adalah terpakai.., 1 week warranty.., item adalah seperti d'dlm gmbar d'bawah.., Thanks..,
RM69

Tips Penjagaan Komputer Riba

Penggunaan komputer riba atau lap top adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Artikel ini di ambil dari : http://tgpl.forumotion.com/t3910-tips-penjagaan-komputer-riba

Acer Aspire 3260,3680,5570,5580 Power Jack

Salam., Acer Aspire 3260,3680,5570,5580 Power Jack untuk di letgo murah2 je ni., penghantaran boleh d'uruskan., RM59/unit.., Harga boleh nego lagi.., berminat sila call or sms 012-9812081 @ 019-9064826 untuk maklumat lanjut., item adalah terpakai.., 2 week warranty.., item adalah seperti d'dlm gmbar d'bawah.., Thanks..,
RM59

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...